Friday, 3 June 2016

TeRImA KasIH CikGU

...Terima Kasih Cikgu...

     Akhir kata, terima kasih Dr. Nurulhuda binti Abd Rahman kerana sabar melayan kerenah kami dalam kelas. Ilmu yang Dr. sampaikan kepada kami akan kami gunakan sebaik mungkin dalam mendidik anak-anak pelajar kami. Kesedaran yang kami dapat sepanjang mengikuti kelas Dr. amat berguna dalam pengajaran kami. Inilah Ilmu yang kami guru-guru lama perlukan. 

     Setelah lama diulik kerja yang menghilangkan fokus kami terhadap bidang pengajaran, refleksi dari kelas Dr. telah menyedarkan kembali kami dengan kaedah-kaedah pengajaran yang agak berkarat dalam diri kami. Hingga berjumpa lagi semua sahabat seperjuangan... :)

     Sekali lagi, Terima Kasih Cikgu...

Friday, 27 May 2016

MOOC - Massive Open Online Course



Blended Learning telah ditawarkan oleh laman web edX.org, dimana kami diminta untuk menyiapkan kursus BlendedX dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Pada minggu ini kami tiada kelas seperti biasa tetapi kelas secara online.

Kami perlu menjawab soalan dalam web dan membuat refleksi terhadap kursus tersebut. Apa yang menariknya ialah, kita masih boleh menguruskan kelas walaupun tidak berada dalam kelas. Walaupun guru keluar berkursus tetapi pelajar masih bengikuti pembelajaran.




WEB 2.0 TOOLS

"Web 2.0 Tools" merupakan suatu set aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu guru menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Menjelang era it dan teknologi, guru-guru perlulah sentiasa "up to date" dengan aplikasi-aplikasi online yang boleh membantu pembelajaran pelajar.

Dengan penggunaan aplikasi online ini, hubungan guru-guru dan pelajar akan lebih akrab dan pengajaran akan lebih bermakna.










Wooopppsss.... TBL???

Apa itu TBL?

Bukan ke PBL?

Yang mana satu ni betulll!!!







Kedua-duanya adalah betul tapi berbeza...

TBL merupakan "Thinking Based Learning". Merupakan satu kaedah pengajaran baru yang melangkaui PBL. 

3 komponen utama dalam TBL ialah: 

1) Thinking skill
2) Habit of mind
3) Metacognition 





Walaubagaimanapun, TBL ini kurang sesuai untuk digunakan terhadap pelajar yang lemah.





Beberapa link untuk perkongsian tentang TBL.

http://www.onestopenglish.com/methodology/methodology/teaching-approaches/teaching-approaches-task-based-learning/146502.article




PBL Reflection

Pelan Pembangunan Pendidikan yang baru menggalakkan guru untuk mengamalkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah(PBL). Sebelum ini saya hanya tahu bentuk soalan PBL dan bagaimana menjawab soalan berbentuk PBL. Melalui silibus ini, kami diminta oleh Dr. Nurul untuk membentuk soalan berasaskan PBL.

Sememangnya, agak sukar untuk membentuk soalan berasaskan PBL. Walaubagaimanapun, kami berjaya membinanya dalam kumpulan. Pembelajaran Berasaskan Masalah(PBL) amat menggalakkan penglibatan pelajar. Bukan sahaja pelajar, malah kami sendiri pun begitu seronok dan teruja semasa aktiviti dijalankan.