Pelan Pembangunan Pendidikan yang baru menggalakkan guru untuk mengamalkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah(PBL). Sebelum ini saya hanya tahu bentuk soalan PBL dan bagaimana menjawab soalan berbentuk PBL. Melalui silibus ini, kami diminta oleh Dr. Nurul untuk membentuk soalan berasaskan PBL.
Sememangnya, agak sukar untuk membentuk soalan berasaskan PBL. Walaubagaimanapun, kami berjaya membinanya dalam kumpulan. Pembelajaran Berasaskan Masalah(PBL) amat menggalakkan penglibatan pelajar. Bukan sahaja pelajar, malah kami sendiri pun begitu seronok dan teruja semasa aktiviti dijalankan.
Betul tu cikgu jubry. Masing-masing teruja kerana ini merupakan kali pertama kita berada di dalam kelas membentuk soalan PBL. semoga ia bermanfaat buat kita semua, inshaAllah ;D
ReplyDelete