Tanggal 27 Mac 2016 mengubah sejarah baru dalam hidup aku. Perasaan ingin membuat sebuah blog sendiri akhirnya termakbul. Kelas pertama Technology and Innovasion, Dr. Nurul meminta setiap pelajar mencipta sebuah blog persendirian. Dalam rasa berdebar, aku masih takut untuk mencuba....;)
Pada malam ini, aku memberanikan diri untuk membuka sebuah akaun blog sendiri yang tidak aku ketahui bagaimana rupa blog aku nanti. Dalam kejahilan zaman teknologi ini, aku mesti memberanikan diri demi anak-anak pelajar yang akan aku didik.
Sedikit perkongsian kelas pertama Technology and Innovasion...
Aku hadir ke kelas dengan teman-teman yang setia bersama untuk belajar dan berkongsi ilmu yang bakal digunakan di sekolah nanti.
Dalam kepenatan kesibukan sekolah dan pemanduan yang memakan masa 3 jam dari Kuala Lipis ke Tanjung Malim, apa yang aku dapat ialah keberanian untuk membuka sebuah blog. InsyaAllah, akan aku gunakan untuk berkongsi Ilmu Fizik dengan anak-anak didik aku nanti.
;)
Teruskan kan berblogging.Moge kite boleh share maklumat terkini di sini
ReplyDelete